Keprihatinan Komuniti
Pelayanan Makanan Tengah Hari Percuma Kasih bermula semasa pandemik COVID-19. Pada masa itu, ramai orang terjerumus ke dalam kesusahan kewangan akibat kehilangan pekerjaan dan bergelut untuk meneruskan kehidupan di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup. Sekumpulan saudara-saudari pada awalnya mula mengedarkan 40 hingga 60 pek makanan tengah hari percuma dua kali sebulan kepada mereka yang memerlukan.
Dengan kasih karunia Tuhan, kepercayaan antara gereja dan komuniti dibina sedikit demi sedikit. Kini, pelayanan ini telah berkembang untuk mengedarkan kira-kira 210 hingga 240 pek makanan tengah hari percuma pada setiap hari Sabtu.
Apa yang disampaikan melalui Pelayanan Makanan Tengah Hari Percuma Kasih adalah jauh lebih daripada sekadar sepinggan makanan percuma—ia adalah amalan praktikal Injil. Melalui tangan dan hati yang terbuka, serta telinga yang sedia mendengar, kami membawa kasih Kristus kepada orang di sekeliling kami. Kasih itu memberi. Bermula daripada respons kepada keperluan komuniti, pelayanan ini kini telah menjadi satu khidmat berkat tanpa syarat kepada orang lain, sekali gus menyaksikan kasih karunia Tuhan yang melimpah.
Bagi yang berminat untuk menyumbang barangan atau menyertai pelayanan sukarela, sila hubungi:
Pdt. Alec Ling: 012-324 9275
Masa Pengagihan:
Setiap hari Sabtu, jam 10:30 pagi sehingga habis diagihkan (Siapa cepat, dia dapat)





